Latihan Dalaman SD Staf Pusat Internet Suku Pertama Tahun 2019

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2019, Sprintz Designs Sdn Bhd telah mengadakan Latihan Dalaman untuk Pengurus dan Pen. Pengurus Pusat internet Putrajaya dan Linggi bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3, Putrajaya. Latihan ini telah dihadiri oleh 8 staf pengurus dan penolong pengurus dari PI Presint 9 Fasa 3, PI Presint 9 Fasa 10, PI Presint 16, PI Presint 18 dan PI Linggi. Latihan ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:00 Petang. Antara pengisisan sepanjang latihan adalah Motivasi Diri dalam berkerja dan juga cara mengatasi stress kerja. Latihan motivasi ini telah disampaikan oleh Puan Maznah dari Sprintz Design Sdn Bhd.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas